doa

doa
amalan hidup

19 Julai 2023

16 April 2019

Cepatnya masa berlalu

Tahun 2019, sudah 21 tahun menjadi guru. Disebabkan mengajar pelajar tingkatan 4 dan 5 hingga sekarang, ramai anak didik yang bekerja dan berkeluarga. Ini anak murid saya, Alif Haikal bin Shafie. Ayahnya jiran kampung sewaktu saya kecil. Kini, Alif Haikal bekerja dengan Kementerian Kesihatan.

24 Mac 2019

27 tahun jumpa semula

Lazim bagi saya, zaman persekolahan
paling seronok dan bahagia. Semasa ini, cuma belajar dan berkawan
Dunia itu sahaja. Sebab itu, apabila jumpa dengan rakan sekolah sewaktu bersekolah rendah dan menengah dahulu, pasti akan rancak berbual mengorek waktu silam persekolahan.
Begitulah yang terjadi pada 24 Mac 2019 di Kg Sg Lubuk, Trong apabila bertemu dengan Roslan bin Mat Isa, rakan persekolahan di Sk Toh Johan, Smk Tengku Menteri sehingga tamat Tingkatan 6 di Smk Dr Burhanuddin  Taiping pada tahun 1992.

25 Oktober 2018

Hari Sukan Negara di Smk Matang

Tahun 2018 ini Hari Sukan Negara meriah dengan aktiviti berzumba dengan instruktor dari MPT Taiping kawan dengan Cikgu Azmi Azis. Berpeluh setelah sejam.Pengalaman baru. 😀

nurul azlin auni pelajarku

Tahun 2017,hanya sempat 3 bulan di Smk Dato Wan Ahmad Rasdi sebelum bertukar ke Smk St George. Hanya sempat ajar Nurul Azlin Auni kelas 5 Sains 3 bulan Sejarah.
Tahun 2018,Azlin Auni ke Smk St George untuk terus pengajian di Tingkatan Enam Rendah.