doa

doa
amalan hidup

16 Disember 2016

Rohingya dan Aleppo

Hatiku suram
Suara bungkam
Rohingya ditindas kejam
Aleppo dizalim lebih rakus.

Manusia apakah yang tergamak
mengasari yang amat lemah
minoriti
orang tua
kanak- kanak
perempuan
malah membunuh
seolah bermain permainan video.

Ingin aku musnahkan manusia iblis tirani.

Aku mampu berdoa pada Allah
kuatkan iman mereka
berikanku kekuatan membantu
biar hanya berdoa dan berderma.




27 November 2016

impian

ingin mahir segala
mahu indah semata
terpaku pada yang indah,cantik dan gemalai

sedarlah

impian dikaburi nafsu
adalah palsu.

21 November 2016

Jamuan Pengawas Akhir Tahun 2016

19 November 2016

Jamuan Akhir Tahun Pengawas SMK Dato' Wan Ahmad rasdi diadakan di sekolah. Puas makan.



12 November 2016

pendaftaran tingkatan 1

Seingat saya,sewaktu ingin ke sekolah masuk darjah satu dan tingkatan Satu,berdebar- debar  dan terlalu ingin menikmati dunia pelajar tersebut. Dan memang rasa teruja itu berbaloi kerana detik dan waktu bersekolah paling indah dan rasa penuh mengisi ruang hidup.
Kini,tahun 2016 tanggal 11 November saya sebagai guru hanya teruja melihat anak dan ibu bapa sewaktu pendaftaran Tingkatan 1 sekolah saya.

Kira manusia punya Tuhan

Menginjak usia 43 tahun, baru mengerti sedikit erti hidup. Erti tubuh badan ini.Betullah peringatan Rasulullah SAW bahawa jika pada umur usia 40 tahun masih tidak berubah untuk dekat,akrab dan rindu kepada Allah SWT, kekallah manusia itu dengan kejahilan dan kesesatannya.
Pada umur begini,jelas terasa kerdilnya diri. Dengan umur yang meningkat, tenaga yang berkurang mula sedar ada kuasa yang maha hebat yang mengatur semua ini. Allah SWT sahaja yang berkuasa mengaturnya. Alhamdulillah.

28 Ogos 2016

Kreatif Video Hari Guru Rasdians 2016

Teknologi sebagai alat banyak memudahkan. Dulu cukup sukar untuk buat sesuatu video pendek. Kini,tidak lagi. Dengan hanya menggunakan telefon pintar,segala-galanya memungkinkan terhasil sebuah video ala pro yang cantik dan menarik.

Berikut video yang dihasilkan oleh Cikgu Murugan semasa Hari Guru Rasdians tahun 2016.

Manusia- insan unik yang berupaya cipta kejayaan

Sesungguhnya, ilham atau inspirasi boleh datang dari mana-mana sumber. boleh dari nasihat.Boleh dari celaan.boleh dari pujian.boleh dari malapetaka dan ujian yang berat.
Boleh hasil dari pengalaman orang lain yang sudah terbukti kejayaannya.

Begitu juga dengan kata-kata hikmat dari tokoh yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.


Mesyuarat Koperasi Guru

Diam tak diam sudah 18 tahun saya masuk Koperasi Guru Melayu Larut Matang dan Selama. Semuanya hasil pujukan cikgu Sobri dan cikgu Azahari Mansor. Mula-mula masuk buat potongan RM20 setiap bulan. Kemudian,beberapa tahun ditambah kepada RM30 sebulan. Pada mesyuarat agung pada 28 Ogos 2016 bertempat di Hotel  Taiping Perdana, Taiping.

Seronoknya ialah apabila bertemu dengan rakan guru dan staf dari sekolah lain atau rakan yang sudah bersara wajib atau pilihan.

Dari kiri Cikgu Basri,Cikgu Rizal,Cikgu Ismail,Cikgu Kamal dan Cikgu Amran (Uncle)

26 Jun 2016

Pantun Lama

Di sana padi di sini padi,
Padi huma dari seberang,
Di sana budi di sini budi,
Barulah nama disebut orang.

24 Mac 2016

Minat membaca dari dulu - Majalah Gila-Gila

Banyak bahan bacaan yang saya suka baca. Antara yang kekal hingga kini ialah majalah Gila-Gila keluaran Creative Enterprise. Tak lapuk dekmasa,tak lekang dek zaman.




Hari ini hendak pergi beli keluaran bulan Mac 2016 di kedai.

16 Mac 2016

pantun baru

Anjang Aki memburu rusa,
Dapat seekor muat di perahu,
Diam lelaki memendam rasa;
Duka menanggung tiada yang tahu.

dulu-dulu

Tahun 2012, di Perlis melawat taman ular.

27 Januari 2016

Menuju Alumni SMKDWAR: Langkah Pertama

Tahun 2016 tahun untuk buat sesuatu yang baru.
Antaranya ialah cita-cita dan impian untuk mewujudkan alumni SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi.
Diterajui usaha oleh Cikgu Rozy bin Ahmad yang dulunya pelajar SPM tahun 1998 SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi hasil dari idea segar Tuan Haji Mohd Noor Azami bin Abu Bakar,mantan pengetua yang telah bertukar ke SMK Tun Perak,Padang Rengas mulai 20 Januari 2016.



18 Januari 2016

Cabaran 2016

baru setapak 2016
sudah geger
cabaran besar tahun ini.

kata seorang tua:
dugaan tahun ini
bukan muncul tiba-tiba
ada akarnya
yang bersirat dosa lama
yang tidak ditegur waktu sepatutnya
jadi beban masa kini.

maka,
timbul
rencam idea atasi dugaan.

kata seorang tua:
sudah terlambat
idea pelbagai
yang dilontar dikupas
jadi hampas bahan lawak saluran sosial.

masalah yang muncul dari dugaan
sudah jadi nanah
membusuk dan menjelikkan
kita semua.

kasihan
generasi masa moden ini.


01 Januari 2016

2016 pun bermula

Hendak memburu hasilnya sakan,
Tiada terkata jumpanya buaya,
Perspektif baru azam dikuatkan,
Capai cita hingga berjaya.