doa

doa
amalan hidup

31 Ogos 2018

Pasukan Bahas Bahasa Inggeris Yang Mengujakan


Tahun 2018 ini, pasukan bahas ini berjaya mencipta fenomena tersendiri dan menjadi kebanggan Smk St George. Kejayaan luar biasa naib johan kebangsaan mungkin sukar untuk diulangi. Syabas untuk pasukan bahas dan guru pembimbing mereka. Melveer Jay Singh, Edwin Ng, Justin Tong, Veytri, Teh Jensen, Pn Rozyanty dan Pn Shoba wira Georgian tahun ini.

Merdeka Tahun 2018

Hari ini 31 Ogos genap 61 tahun Persekutuan Tanah Melayu Merdeka. Aku anak merdeka yang lahir selepas 16 tahun merdeka sewaktu negara mula mengorak langkah untuk maju. Membina dan membina. Sebab itu aku sempat merasa suasana hidup tanpa kemudahan wajib anak-anak sekarang yang lahir sudah ada kemudahan elektrik dan air paip malah sejak bayi sudah naik kereta atau paling kurang motorsikal. Ya, masih kuingat waktu kecil sebelum bersekolah darjah satu rumah bapaku disinari lampu minyak tanah dan lampu 'chimney'. Air paip jauh sekali. Aku mandi di sungai. Justeru itu, pandai berenang sejak kecil. Dunia kecil dulu serba mudah. Serba nyaman. Dari kecil diajar bermasyarakat. Kecil-kecil pakat bermain galah panjang, aci menyorok, panjat-  memanjat pokok seperti manggis, langsat dan rambutan. Main polis senteri. Main gasing. Main perang-perang. Di dalam sungai, main perang tanah liat. Main 2-3 jam dan mandi tetapi apabila balik ke rumah masih ada kekotoran saki baki tanah liat di kepala. Aduhh. . indahnya nostalgia kanak-kanakku.
Sudah sambut merdeka ke 61 masih jelas ingat zaman kecil. Besar sungguh kenangan.

29 Ogos 2018

Aku kembali

Kita insan saling ingin melengkapi
ingin berkongsi rasa
biar indah seribu pesona
biar luka sejuta cara
kita tetap ada dan terus berjuang.

Menuju Ilahi sebanyak pahala
.