doa

doa
amalan hidup

24 Mac 2019

27 tahun jumpa semula

Lazim bagi saya, zaman persekolahan
paling seronok dan bahagia. Semasa ini, cuma belajar dan berkawan
Dunia itu sahaja. Sebab itu, apabila jumpa dengan rakan sekolah sewaktu bersekolah rendah dan menengah dahulu, pasti akan rancak berbual mengorek waktu silam persekolahan.
Begitulah yang terjadi pada 24 Mac 2019 di Kg Sg Lubuk, Trong apabila bertemu dengan Roslan bin Mat Isa, rakan persekolahan di Sk Toh Johan, Smk Tengku Menteri sehingga tamat Tingkatan 6 di Smk Dr Burhanuddin  Taiping pada tahun 1992.