Imam Syafie pernah berpesan
" Semakin kita tahu luas dan dalam sesuatu ilmu
semakin mengerti kefakiran dan kebodohan kita dalam
segala ilmu"
Sesungguhnya
Pemilik segala ilmu dan maha tahu
Hanya Allah.
Sesungguhnya
Bertahun sejak 1980
bertatih melukis abjad awan larat
mengaplikasi rumus dan kaedah
menghadam pengkhususan dalam ijazah
mengajar didik anak bangsa
baru sedar ilmu itu unik dan dapat menginsafkan.
Dulunya,
hebat dalam menghafaz dan mencipta teori
atau ubahsuai atas nama kreatif
aku sedar betapa
ilmu perlu belajar dari yang tahu.
Jika tidak,
akan kelam,hitam gelemat
serba sesat
menegakkan benang yang basah
terlontar jauh
ranap segala dalam neraka kesesatan.
Selamanya,
manusia perlu kepada
pergantungan sepenuhnya
hanya Allah
Tuhan yang satu.
Ya Allah,
permudahkan ke arah memahami
ilmu yang benar dan sebenar.
Biar sehingga akhir hayat
aku manusia kerdil
tetap menambah benar
dan menolak batil.
doa
amalan hidup
22 Februari 2012
09 Februari 2012
Kembara Ke India : Catatan Pengalaman 1
Teruja bercampur berdebar-debar sebelum ke India. Pertamanya,ini adalah kali pertama akan menaiki kapal terbang. Keduanya,pertama kali ke luar negara. Ketiga,ingin melihat secara pasti dari dekat Taj Mahal.
Setelah pulang dari lawatan,timbul rasa puas hati,syukur dan gembira semaksimumnya.
Hasilnya,ingin sekali merakam segala catatan pengalaman sendiri di sini.
Sesuatu yang menarik...sebelum ini banyak dikhabarkan yang rakyat India ada yang mati kerana cuaca yang terlalu panas. Bagaimanapun, lawatan kami kali ini jatuh dalam cuaca sejuk dan nyaman. Cukup selesa dan menyamankan. Sebelum pergi,cikgu Basri sudah meninjau cuaca di sana yang khabarnya berada dalam 18 darjah Celcius. Walaupun keadaan sekitar New Delhi dan Agra nampak kabur dan kering,cuaca tetap sejuk.Sehinggakan pada waktu malam tidak perlu memasang kipas angin atau pendingin hawa semasa berada dalam hotel. Menurut pemandu pelancong kami Encik Jeswinder,memang bulan Januari dan Februari ramai pelancong yang datang kerana cuaca sejuk yang selesa ini.
Jadi,beruntunglah kami yang datang ke India melawat New Delhi dan Agra pada 4 Februari 2012 hingga 6 Februari 2012.

05 Januari 2012
Jeritan amarah
Inginku laung sejauh Antartika
Inginku jerkah senyaring ngauman halilintar
Inginku bakar segala yang merentangi.
Tugas kami tugas mendidik
Kami bukan hidup menternak manusia
Jadi,mengapa harus dilempar
Manusia yang silap perhitungan akhlaknya
bersumber dari guru ajar dan ajaran guru.
Bukankah segala pangkal masalah melibatkan semua?
Menterinya,Pegawainya,Masyarakatnya,Ibu bapanya dan sekalian nyonya.
Ayuh, berpakatlah menyelesaikan kemelut.
Bersama-sama.
Diulang,bersama-sama.

Jumaat Yang Mendamaikan
Jumaat tiba lagi
Masih setia mendamaikan
Aura mempesonakan
Seringkali
Seminggu berlalu
Terasa penuh dan tepu
Diasak dan terasak
Atas nama tugas alias rutin
Hingga seolah lupa diri lupa hari
Mujurlah
Jumaat tiba lagi
Beri ruang aku berfikir menginsafi kewujudan
Bahawa aku hamba
Perlu taat dan kembali kepada Yang Empunya Hak.
Sujud dan syukur
Padamu Ya Allah.

Realiti cabaran guru di sekolah biasa
Sudah 14 tahun saya mengajar. Saya cukup suka dengan tempat saya bertugas ini. Ia hanya sekolah biasa,bukan Sekolah Berasrama Penuh,Sekolah Premier,Sekolah Kawalan ,Sekolah Kluster atau Sekolah Berprestasi Tinggi. Namun,yang paling penting,saya cukup suka dengan sekolah ini dan rasa puas dengan apa yang saya sumbangkan .
Teringat beberapa tahun dulu,sekolah tak akan dipertandingkan dari segi keputusan peperiksaan namun sehingga kini masih lagi keputusan peperiksaan dianggap segala-galanya .Melalui keputusan peperiksaan awam,dibuat ranking kedudukan sekolah dalam daerah,negeri dan kebangsaan.Keputusan yang teruk mengundang malapetaka.
Persepsi bahawa guru terbaik berada di sekolah terbaik adalah salah. Guru hanya boleh dianggap terbaikjika berjaya menimbulkan legasi budaya kerja terbaik yang mampu dilakukan walau mana lokasi beliau bertugas.
Lebih sukar dan tinggi cabaran,lebih baik.

Ingin menjadi adiwira
Melihat dunia ada konflik
Memandang sekeliling maju dengan kemelut kronik
Aku mula jadi Edward De Bono
Jadi kanak-kanak dalam fizikal orang tua
Aku teringin jadi adiwira.
Aku ingin jadi adiwira
Sudah tentu yang terhebat
Superman menikus melihatku
Batman menggeletar mendengar namaku
Green Lantern bersara jadi adiwira
Hulk tidak lagi bertukar hijau.
Aku ingin jadi adiwira
Menangani masalah dunia
Mengurang kejadian jenayah
Membantu yang lemah selalu dizalimi.
Ya.
Aku ingin jadi adiwira.
Aku memang adiwira
Pada angan-angan dan ilusi belaka.

Dan tahun pun bertukar rupa
Hari ini 5 Januari 2012. Sudah tahun Masihi yang baru. Usia menganjak ketua-tuaan. Harus sikap dan lagak tidak keanak-anakan lagi. Sungguh. Cukup lama saya tidak lagi menulis dalam blog ini. Tahun lepas,idea penuh melingkari minda dan perasaan,tapi kekal jadi pekasam ingatan dan akhirnya lenyap dilambung ombak masa yang terus ke hadapan. Jadi,tahun ni nak tulis lebih banyak lagi. Sudah boleh sesuaikan diri menghadapi suasana sekeliling.Agaknya.Harap cukup mempunyai disiplin yang tinggi untuk terus menulis.Dan harus ada sifat berani untuk terus menulis.Jangan tangguh-tangguh. Betullah kata Hamka,beza seseorang itu banyak ditenukan oleh sikap berani. Sejarah banyak membuktikan hal ini. Dan kini,saya juga turut ingin membuktikan.
Langgan:
Catatan (Atom)