19 November 2016
Jamuan Akhir Tahun Pengawas SMK Dato' Wan Ahmad rasdi diadakan di sekolah. Puas makan.
doa
amalan hidup
21 November 2016
12 November 2016
pendaftaran tingkatan 1
Seingat saya,sewaktu ingin ke sekolah masuk darjah satu dan tingkatan Satu,berdebar- debar dan terlalu ingin menikmati dunia pelajar tersebut. Dan memang rasa teruja itu berbaloi kerana detik dan waktu bersekolah paling indah dan rasa penuh mengisi ruang hidup.
Kini,tahun 2016 tanggal 11 November saya sebagai guru hanya teruja melihat anak dan ibu bapa sewaktu pendaftaran Tingkatan 1 sekolah saya.
Kini,tahun 2016 tanggal 11 November saya sebagai guru hanya teruja melihat anak dan ibu bapa sewaktu pendaftaran Tingkatan 1 sekolah saya.
Kira manusia punya Tuhan
Menginjak usia 43 tahun, baru mengerti sedikit erti hidup. Erti tubuh badan ini.Betullah peringatan Rasulullah SAW bahawa jika pada umur usia 40 tahun masih tidak berubah untuk dekat,akrab dan rindu kepada Allah SWT, kekallah manusia itu dengan kejahilan dan kesesatannya.
Pada umur begini,jelas terasa kerdilnya diri. Dengan umur yang meningkat, tenaga yang berkurang mula sedar ada kuasa yang maha hebat yang mengatur semua ini. Allah SWT sahaja yang berkuasa mengaturnya. Alhamdulillah.

28 Ogos 2016
Kreatif Video Hari Guru Rasdians 2016
Teknologi sebagai alat banyak memudahkan. Dulu cukup sukar untuk buat sesuatu video pendek. Kini,tidak lagi. Dengan hanya menggunakan telefon pintar,segala-galanya memungkinkan terhasil sebuah video ala pro yang cantik dan menarik.
Berikut video yang dihasilkan oleh Cikgu Murugan semasa Hari Guru Rasdians tahun 2016.
Manusia- insan unik yang berupaya cipta kejayaan
Sesungguhnya, ilham atau inspirasi boleh datang dari mana-mana sumber. boleh dari nasihat.Boleh dari celaan.boleh dari pujian.boleh dari malapetaka dan ujian yang berat.
Boleh hasil dari pengalaman orang lain yang sudah terbukti kejayaannya.
Begitu juga dengan kata-kata hikmat dari tokoh yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.
Boleh hasil dari pengalaman orang lain yang sudah terbukti kejayaannya.
Begitu juga dengan kata-kata hikmat dari tokoh yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.
Mesyuarat Koperasi Guru
Diam tak diam sudah 18 tahun saya masuk Koperasi Guru Melayu Larut Matang dan Selama. Semuanya hasil pujukan cikgu Sobri dan cikgu Azahari Mansor. Mula-mula masuk buat potongan RM20 setiap bulan. Kemudian,beberapa tahun ditambah kepada RM30 sebulan. Pada mesyuarat agung pada 28 Ogos 2016 bertempat di Hotel Taiping Perdana, Taiping.
Seronoknya ialah apabila bertemu dengan rakan guru dan staf dari sekolah lain atau rakan yang sudah bersara wajib atau pilihan.
Dari kiri Cikgu Basri,Cikgu Rizal,Cikgu Ismail,Cikgu Kamal dan Cikgu Amran (Uncle)

26 Jun 2016
Pantun Lama
Di sana padi di sini padi,
Padi huma dari seberang,
Di sana budi di sini budi,
Barulah nama disebut orang.
Padi huma dari seberang,
Di sana budi di sini budi,
Barulah nama disebut orang.
Langgan:
Catatan (Atom)