Kita insan saling ingin melengkapi
ingin berkongsi rasa
biar indah seribu pesona
biar luka sejuta cara
kita tetap ada dan terus berjuang.
Menuju Ilahi sebanyak pahala
.
doa
amalan hidup
29 Ogos 2018
03 April 2018
Dimensi Baru 2018
Aku
menginjak usia 50an
kurang pantas ukuran fizikal
tapi kian matang dan faham
potensi diri
mula kenal feel manusia
dapat ramal kepura-puraan.
Hidup perlu dinikmati dan berbudi.
menginjak usia 50an
kurang pantas ukuran fizikal
tapi kian matang dan faham
potensi diri
mula kenal feel manusia
dapat ramal kepura-puraan.
Hidup perlu dinikmati dan berbudi.
16 Disember 2016
Rohingya dan Aleppo
Hatiku suram
Suara bungkam
Rohingya ditindas kejam
Aleppo dizalim lebih rakus.
Manusia apakah yang tergamak
mengasari yang amat lemah
minoriti
orang tua
kanak- kanak
perempuan
malah membunuh
seolah bermain permainan video.
Ingin aku musnahkan manusia iblis tirani.
Aku mampu berdoa pada Allah
kuatkan iman mereka
berikanku kekuatan membantu
biar hanya berdoa dan berderma.

27 November 2016
impian
ingin mahir segala
mahu indah semata
terpaku pada yang indah,cantik dan gemalai
sedarlah
impian dikaburi nafsu
adalah palsu.
mahu indah semata
terpaku pada yang indah,cantik dan gemalai
sedarlah
impian dikaburi nafsu
adalah palsu.
21 November 2016
Jamuan Pengawas Akhir Tahun 2016
19 November 2016
Jamuan Akhir Tahun Pengawas SMK Dato' Wan Ahmad rasdi diadakan di sekolah. Puas makan.
Jamuan Akhir Tahun Pengawas SMK Dato' Wan Ahmad rasdi diadakan di sekolah. Puas makan.
12 November 2016
pendaftaran tingkatan 1
Seingat saya,sewaktu ingin ke sekolah masuk darjah satu dan tingkatan Satu,berdebar- debar dan terlalu ingin menikmati dunia pelajar tersebut. Dan memang rasa teruja itu berbaloi kerana detik dan waktu bersekolah paling indah dan rasa penuh mengisi ruang hidup.
Kini,tahun 2016 tanggal 11 November saya sebagai guru hanya teruja melihat anak dan ibu bapa sewaktu pendaftaran Tingkatan 1 sekolah saya.
Kini,tahun 2016 tanggal 11 November saya sebagai guru hanya teruja melihat anak dan ibu bapa sewaktu pendaftaran Tingkatan 1 sekolah saya.
Kira manusia punya Tuhan
Menginjak usia 43 tahun, baru mengerti sedikit erti hidup. Erti tubuh badan ini.Betullah peringatan Rasulullah SAW bahawa jika pada umur usia 40 tahun masih tidak berubah untuk dekat,akrab dan rindu kepada Allah SWT, kekallah manusia itu dengan kejahilan dan kesesatannya.
Pada umur begini,jelas terasa kerdilnya diri. Dengan umur yang meningkat, tenaga yang berkurang mula sedar ada kuasa yang maha hebat yang mengatur semua ini. Allah SWT sahaja yang berkuasa mengaturnya. Alhamdulillah.

Langgan:
Catatan (Atom)