doa

doa
amalan hidup

01 Ogos 2013

Peristiwa kecil impak besar

Hari Rabu ,31 Julai 2013,balik dari kursus pedagogi di Taiping,saya singgah di Pasar Kota untuk membeli ikan dan sayur. Apabila kereta berhenti,saya nampak ada seorang budak perempuan ,nampak macam pelajar sekolah menengah,mungkin tingkatan,3, 4 atau 5. Beliau berbasikal dan menggalas sebuah beg hitam. Beliau berada di belakang kereta saya. Saya keluar dari kereta dan terus ke pasar. Sekembalinya ke kereta dan saya membuka bonet untuk menyimpan barang yang dibeli.Tiba-tiba saya terdengar suara ," Pak cik,pakcik nak beli agar-agar ?". Tersentak,saya menoleh ke arah suara tersebut dan saya lihat budak perempuan tersebut di belakang saya dengan duduk di atas basikalnya. Saya bertanya,apa dia? Budak tersebut menjawab ," Pak cik, saya jual agar-agar.". Saya balas, "Agar-agar apa?" Budak tersebut menunjukkan begnya dan memberitahu dia menjual agar-agar merah. Tambahnya,"Emak suruh jual sebab nak cari duit raya." Melihatkan budak perempuan tersebut dan keadaan beliau menjual agar-agar dalam beg itu dengan duduk atas basikal,saya hanya mendiamkan diri dan terus membeli agar-agar sebanyak 5 ringgit.
Balik ke rumah, saya termenung panjang dan timbul rasa sayu dan sebak. Dalam keadaan saya yang boleh untuk membeli apa-apa yang dinginkan walaupun tidak mewah, masih ada indidvidu dan keluarga yang susah hatta untuk mendapatkan sesuap makanan. Lihat kepada persediaan saya dan rakan-rakan lain untuk menyambut Aidilfitri tahun ini, saya jadi sedih. Kami jauh cukup mewah dan kaya untuk menyambut raya. Persediaan kuih raya sahaja sudah cukup meriah dan rasa melebih-lebih pula. Baru saya sedar dan insaf akan kekurangan ramai lagi manusia yang berjuang untuk hidup. Sesungguhnya ,kejadian ini amat mengetuk hati saya untuk sentiasa merenung kembali nikmat yang cukup banyak yang Allah kurniakan kepada saya. Saya harus memberikan manfaat kepada orang lain sebagaimana nikmat yang banyak yang saya terima.
Saya akan buat dan berdoa semoga saya akan sentiasa ingat untuk mensejahterakan diri saya dan orang lain. Semuanya kurniaan Allah. Tidak perlu ada rasa sombong,rasa diri hebat dan sempurna. Sesungguhnya inilah pengajaran terbaik Ramadhan yang saya dapat. Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan