doa

doa
amalan hidup

28 November 2015

Imbas kembali - jejak pertama di SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi

Hari ini 28 November 2015.
Teringat saya tarikh posting menjadi guru iaitu pada 8 Jun 1998. Sebelum posting,jadi gelisah kerana tidak tahu tempat mengajar setelah tamat praktikal mengajar di SMK Dato' Haji Hussein,Selama pada bulan Mei 1998. Tambah berdebar setelah rakan-rakan yang dari Kelantan ,Pahang dan Terengganu terutamanya sudah dapat tawaran posting ke Sabah dan Sarawak. Masa itu penggunaan telefon bimbit terhad.Jadi,telefonsekejap sahaja dengan kawan-kawan yang dapat posting ke Sabah dan Sarawak.

Tunggu punya tunggu sampai surat posting. Tengok penempatan ialah di SMK Batu Lapan,Changkat Jering,Perak. Sudah. Ini sekolah adik saya ,anak-anak sekampung dan mungkin adik atau aak saudara kepada rakan.

Pagi tersebut,saya sampai awal di sekolah. Sebab masih belum mempunyai kenderaan sendiri,saya naik bas awam Blue Omnibus. Sampai pagi,setelah perhimpunan dipertemukan dengan pengetua waktun itu,Tn Haji Jaafar bin Harun. Saya kemudiannya dibawa beliau melawat sekitar sekolah termasuk dusun sekolah. Setelah itu ,saya diminta pulang kerana saya ditugaskan untuk mengajar pada sesi petang. Rupa-rupanya setelah itu,baru saya tahu memang suatu kemestian Tn Hj Jaafar untuk membawa staf baru terutama guru melawat sekitar sekolah terutamanya dusun. Pada tahun 1997,sekolah ini telah menang Johan peringkat kebangsaan bagi pertandingan 3K.

Selepas itu,saya sering juga bersembang dengan Hj Jaafar kerana setiap hari Jumaat saya akan awal ke sekolah untuk solat Jumaat dan saya akan pergi bersama-sama Hj Jaafar. Banyak nasihat ,cerita dan bimbingan yang beliau taburkan berguna pada masa seterusnya.Terutamanya berkaitan tugas guru.Saya juga berterima kasih kepada Hj Jaafar kerana beliau menawarkan untuk meminjam RM500.00 sebagai pendahuluan kerana selalunya gaji pekerja baru dapat setelah 3 bulan bekerja. Mujurlah 2 bulan bekerja,saya sudah dapat.

Tahun 1999,tahun Tn Haji Jaafar bin Harun bersara. Kini,beliau masih sihat. Sepanjang dua tahun berkhidmat bawah beliau, sifat yang paling menarik pada saya ialah sifat pemurah beliau. Ramai guru luar yang ada tugasan seperti Guru Ujian Lisan atau mengawasi peperiksaan suka datang ke sekolah ini kerana mereka akan dibelanja makan oleh Hj Jaafar. Setelah bersara ,pasti beliau akan datang untuk meraikan kenduri perkahwinan yang menjemput beliau.

Tahun 2014,saya ada berjumpa beliau. Masih sihat,aktif dan ceria. Ini gambarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan