13 Mac 2014 (Jummat)- termetrilah peristiwa pelancaran program Cuti-Cuti Belajar untuk pelajar SPM dan PT3 tahun 2015 Smk Dato' Wan Ahmad Rasdi.
Satu program yang biasanya dibuat secara kecil-kecilan kini dibuat dalam skala besar iaitu terancang dan dilancarkan secara rasmi. Setiap pelajar tingkatan 3 dan 5 diberikan seorang satu fail.Di dalam fail tersebut terkandung soalan bagi setiap subjek peperiksaan .Soalan yang dikemukakan adalah ringkas dan tidak membebankan pelajar,sekadar cukup dan muat untuk dijawab sepanjang seminggu cuti pertengahan penggal pertama persekolahan.
Menarik dan sesuatu yang lain.
Moga impak positifnya besar kepada pelajar,guru,sekolah dan ibu bapa.
doa
amalan hidup
30 Mac 2015
23 Mac 2015
1995-20 tahun dulu yang mengajar
1995- saya tahun dua diUniversiti Sains Malaysia. Pelajar dahulu tanpa ada bimbingan kaunseling dan kaunselor hanya menurut kata hati dan peristiwa atau aktiviti di universiti untuk mula belajar tentang kehidupan. Disitulah mula belajar dan belajar serta sedikit mengerti.
Gambar di bawah ini menceritakan salah satu aktiviti berteraskan kepimpinan yang telah saya hadiri.
Gambar di bawah ini menceritakan salah satu aktiviti berteraskan kepimpinan yang telah saya hadiri.
Gambar ini diambil pada waktu pagi di pantai Teluk Bahang,Pulau Pinang.Menghadiri kursus kepimpinan Majlis Penghuni Desasiswa Bakti,salah satu asrama yang ada di Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang. Masa ini baru saya didedahkan tentang kepimpinan. Baru nak berani bercakap dan beri pendapat.Terima kash kepada Penggawa Desasiswa Bakti pada masa itu iaitu Dr. Idris bin Mohd Noor yang banyak beri input dan ilmu yang berguna setelah saya jadi guru bermula tahun 1998.
Begitulah naif pelajar tahun 1990-an.Bagi anak kampung bagi saya le.Mujur kawan-kawan sedesasiswa dan sekuliah pun anak kampung juga macam saya,jadi tidaklah asing dan terpinggir. Pok Lah,Mat Yie,Asri,Che Hasnan, Jedie,Awie,Zanini,Zakiman,Seli dan lain-lain orang kampung juga.
Indahnya zaman belajar.Semua nampak ideal dan sempurna. Rupa-rupanya dunia realiti tidak sedemikian rupa.Setelah bekerja,baru sedar dan nampak.Yang banyak menyelamatkan diri adalah ilmu sedikit yang dapat semasa belajar.Syukur.Alhamdulillah.
22 Mac 2015
Rehat Itu Perlu
masa sibuk menjelma
aturan prioriti sukar diguna
rasa lelah bekerja pun tiba
berhenti wahai manusia
rehat dan rehat
biar pulih segala
biar sempat nafas dihela
rehat dan rehat
nanti pacu sekuat manapun.
aturan prioriti sukar diguna
rasa lelah bekerja pun tiba
berhenti wahai manusia
rehat dan rehat
biar pulih segala
biar sempat nafas dihela
rehat dan rehat
nanti pacu sekuat manapun.
21 Mac 2015
ingin berjaya
benar
semua ingin berjaya
semua punya hasrat
apa lagi penuh angan-angan.
namun
realiti
manusia perlu
benar-benar
diuji dan diuji
sebelum berjaya
pada erti sebenarnya.
semua ingin berjaya
semua punya hasrat
apa lagi penuh angan-angan.
namun
realiti
manusia perlu
benar-benar
diuji dan diuji
sebelum berjaya
pada erti sebenarnya.
20 Mac 2015
kenangan itu indah
kenangan merupakan keceriaan masa depan. gambar memainkan pelbagai peranan mata yang melihat. lucu,pilu,ria,pesona semua berbaur. tahun 2014 lepas berlalu. gambar tunjuk aksi spontan cukup menarik. berikut gambar guru tahun 2014 berlatarbelakang padang sekolah.waktu kemarau.
Ceria dan mempesona. Natural dan tidak dibuat-buat.Hubungan akrab yan ikhlas.
Ceria dan mempesona. Natural dan tidak dibuat-buat.Hubungan akrab yan ikhlas.
24 Januari 2015
Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)
