doa

doa
amalan hidup

23 Mac 2015

1995-20 tahun dulu yang mengajar

1995- saya tahun dua diUniversiti Sains Malaysia. Pelajar dahulu tanpa ada bimbingan kaunseling dan kaunselor hanya menurut kata hati dan peristiwa atau aktiviti di universiti untuk mula belajar tentang kehidupan. Disitulah mula belajar dan belajar serta sedikit mengerti.
Gambar di bawah ini menceritakan salah satu aktiviti berteraskan kepimpinan yang telah saya hadiri.
Gambar ini diambil pada waktu pagi di pantai Teluk Bahang,Pulau Pinang.Menghadiri kursus kepimpinan Majlis Penghuni Desasiswa Bakti,salah satu asrama yang ada di Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang. Masa ini baru saya didedahkan tentang kepimpinan. Baru nak berani bercakap dan beri pendapat.Terima kash kepada Penggawa Desasiswa Bakti pada masa itu iaitu Dr. Idris bin Mohd Noor yang banyak beri input dan ilmu yang berguna setelah saya jadi guru bermula tahun 1998.

Begitulah naif pelajar tahun 1990-an.Bagi anak kampung bagi saya le.Mujur kawan-kawan sedesasiswa dan sekuliah pun anak kampung juga macam saya,jadi tidaklah asing dan terpinggir. Pok Lah,Mat Yie,Asri,Che Hasnan, Jedie,Awie,Zanini,Zakiman,Seli dan lain-lain orang kampung juga.
Indahnya zaman belajar.Semua nampak ideal dan sempurna. Rupa-rupanya dunia realiti tidak sedemikian rupa.Setelah bekerja,baru sedar dan nampak.Yang banyak menyelamatkan diri adalah ilmu sedikit yang dapat semasa belajar.Syukur.Alhamdulillah.

1 ulasan: