doa

doa
amalan hidup

30 Mac 2015

Kenangan turut mengundang duka bukan ria semata-mata

Banyak-banyak gambar ,saya cukup pilu apabila terdapat gambar bersama-sama arwah cikgu Mohd Najib bin Mohd Said.Bukan hanya bertaraf rakan sejawat,tetapi lebih dari itu. Lebih besar dari itu. Sahabat. Tempat meminta nasihat dan bantuan.
Ingat saya dua peristiwa. Pertama ,pada tahun 2005,saya mengikuti kursus one school one coah untuk bola sepak di daerah Larut Matang dan Selama.Dikendalikan oleh jurulatih Perak terkenal iaitu M. Karathu. Kursus selama 4 hari,dari pagi hingga lewat petang. Kaedahnya mudah sahaja iaitu sejam pertama teori diikuti sejam kedua dengan praktikal dan begitulah rutin jam dan aktiviti itu diikuti.
Kesannya, pinggang saya jadi lari.Jalan menyenget. Cikgu Najiblah tempat saya berurut dan sembuh. Alhamdulillah.

Peristiwa kedua pada tahun 2011 sewaktu saya dilantik menjadi ketua pengawas SPM. Cikgu Najiblah tempat saya menimba ilmu untuk mengurus peperiksaan dengan baik.Ilmunya sampai kini saya praktikkan semasa menjadi Penyelia Kawasan SPM pula. Jelas dan teratur penerangan Cikgu Najib.

Orangnya cukup mudah untuk meminta pertolongan.

di bawah ini ada gambar sukaneka di pantai Teluk Senangin semasa pertemuan hari keluarga KGKT Smk Dato' Wan Ahmad Rasdi tahun 2012. Walaupun kurang sihat,cikgu Najib tetap ingin turut serta.
Semasa acara sukaneka di pantai.

Kelihatan saya,Cikgu Najib dan cikgu Murugan dalam satu kumpulan sedang beraksi .

Al-Fatihah untuk Cikgu Najib yang mennggal dunia pada tahun 2013. Jasa dan nasihat beliau sentiasa dalam ingatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan