doa

doa
amalan hidup

04 April 2015

Kelab Bola Sepak 2011

Cepatnya masa berlalu. Gambar berikut adalah sebahagian pemain bola sepak bawah 18 tahun pada tahun 2011. Serasa baru sahaja melihat kelibat mereka di padang beraksi.


Gambar staf akademik 2011

Berikut kita lihat pula gambar staf akademik tahun 2011.
Ceria atau tidak?

Gambar rasmi.

Gambar tak rasmi.

G8,kaunselor dan guru cemerlang.

Rehat

Dulu
terasa santai dalam bekerja
indah dan senyum
sempat menghela nafas.

Kini
pabila
semakin  usia hilang separuh kudrat
kerja semakin menggila
kerja semakin bercelaru.

Aku
penat dalam bekerja.

Timbul persoalan
rehat kualiti di mana dikau?

02 April 2015

Hari Keluarga SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi Tahun 2011

Acara rutin yang menarik perhatian warga guru dan kakitangan sekolah ialah hari keluarga. Berikut gambar ceria Hari Keluarga tahun 2011.
















01 April 2015

tahun 2008: baju korporat

Berikut gambar tahun 2008.pada tahun ini,warga pendidik bagi sekolah masing-masing berebut-rebut perkenal baju korporat untuk dipakai pada hari Rabu. Smk Dato' Wan Ahmad Rasdi tidak terkecuali.


Menjelang tahun 2013,tidak pula dibenarkan memakai baju ala korporat lagi. Alahai Kementerian Pendidikan yang sering berubah-ubah.

Mac 2012 Yang Merubah Keadaan

Saya mula mengajar di SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi pada tahun 1998. Waktu itu,SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi mempunyai nama SMK Batu Lapan. Tahun 2001 baru bertukar kepada SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi. Pelajarnya pernah sampai 1000 orang lebih semasa saya jadi guru data.

Datanglah Mac 2012. Perubahan besar berlaku. SMK Toh Johan di Trong dibina . Jadi,pelajar di kawasan Trong perlu mengisi sekolah baru ini.Maka,bulan Mac 2012 ,pelajar di kawasan Trong perlu berpindah ke SMK Toh Johan. Berikut ini adalah majlis perpisahan yang dilakukan pada bulan Mac 2012 untuk pelajar-pelajar yang berpindah sekolah ini.

Cikgu Azman,Cikgu Rizal,Cikgu Ismail,Cikgu Rozy dan Cikgu Nazri.

Cikgu Yusnizam sempat bergurau dengan pelajar.


Beratur dan bersalam-salaman sebelum berpisah. Kelihatan tuan pengetua,Tuan Haji Hamzah bin Yusof dan Tuan Haji Abdul Rahman bin Saari,GK VT menyantuni pelajar.

trofi bukan segala-galanya

kata orang
adat dalam pertandingan
mahu menang
lantas jadi hebat
trofi jadi sandaran
nama jadi sebutan
kelibat jadi satu kegerunan.

realiti buana
pertandingan bukan sekadar juara dan trofi
pertandingan bawa impak luka
luka pada jiwa yang rapuh
luka pada hati yang iri
luka pada kalbu yang prasangka
luka pada sukma yang terdera.

kata bijak pandai
susuli pertandingan apa-apapun
iman kental titanium
ikhlas jernih salji tulus
baru engkau juara sebenar
pertandingan
khalifah sebenar seorang manusia.