doa

doa
amalan hidup

01 April 2015

Mac 2012 Yang Merubah Keadaan

Saya mula mengajar di SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi pada tahun 1998. Waktu itu,SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi mempunyai nama SMK Batu Lapan. Tahun 2001 baru bertukar kepada SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi. Pelajarnya pernah sampai 1000 orang lebih semasa saya jadi guru data.

Datanglah Mac 2012. Perubahan besar berlaku. SMK Toh Johan di Trong dibina . Jadi,pelajar di kawasan Trong perlu mengisi sekolah baru ini.Maka,bulan Mac 2012 ,pelajar di kawasan Trong perlu berpindah ke SMK Toh Johan. Berikut ini adalah majlis perpisahan yang dilakukan pada bulan Mac 2012 untuk pelajar-pelajar yang berpindah sekolah ini.

Cikgu Azman,Cikgu Rizal,Cikgu Ismail,Cikgu Rozy dan Cikgu Nazri.

Cikgu Yusnizam sempat bergurau dengan pelajar.


Beratur dan bersalam-salaman sebelum berpisah. Kelihatan tuan pengetua,Tuan Haji Hamzah bin Yusof dan Tuan Haji Abdul Rahman bin Saari,GK VT menyantuni pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan