Hari ini 28 November 2015.
Teringat saya tarikh posting menjadi guru iaitu pada 8 Jun 1998. Sebelum posting,jadi gelisah kerana tidak tahu tempat mengajar setelah tamat praktikal mengajar di SMK Dato' Haji Hussein,Selama pada bulan Mei 1998. Tambah berdebar setelah rakan-rakan yang dari Kelantan ,Pahang dan Terengganu terutamanya sudah dapat tawaran posting ke Sabah dan Sarawak. Masa itu penggunaan telefon bimbit terhad.Jadi,telefonsekejap sahaja dengan kawan-kawan yang dapat posting ke Sabah dan Sarawak.
Tunggu punya tunggu sampai surat posting. Tengok penempatan ialah di SMK Batu Lapan,Changkat Jering,Perak. Sudah. Ini sekolah adik saya ,anak-anak sekampung dan mungkin adik atau aak saudara kepada rakan.
Pagi tersebut,saya sampai awal di sekolah. Sebab masih belum mempunyai kenderaan sendiri,saya naik bas awam Blue Omnibus. Sampai pagi,setelah perhimpunan dipertemukan dengan pengetua waktun itu,Tn Haji Jaafar bin Harun. Saya kemudiannya dibawa beliau melawat sekitar sekolah termasuk dusun sekolah. Setelah itu ,saya diminta pulang kerana saya ditugaskan untuk mengajar pada sesi petang. Rupa-rupanya setelah itu,baru saya tahu memang suatu kemestian Tn Hj Jaafar untuk membawa staf baru terutama guru melawat sekitar sekolah terutamanya dusun. Pada tahun 1997,sekolah ini telah menang Johan peringkat kebangsaan bagi pertandingan 3K.
Selepas itu,saya sering juga bersembang dengan Hj Jaafar kerana setiap hari Jumaat saya akan awal ke sekolah untuk solat Jumaat dan saya akan pergi bersama-sama Hj Jaafar. Banyak nasihat ,cerita dan bimbingan yang beliau taburkan berguna pada masa seterusnya.Terutamanya berkaitan tugas guru.Saya juga berterima kasih kepada Hj Jaafar kerana beliau menawarkan untuk meminjam RM500.00 sebagai pendahuluan kerana selalunya gaji pekerja baru dapat setelah 3 bulan bekerja. Mujurlah 2 bulan bekerja,saya sudah dapat.
Tahun 1999,tahun Tn Haji Jaafar bin Harun bersara. Kini,beliau masih sihat. Sepanjang dua tahun berkhidmat bawah beliau, sifat yang paling menarik pada saya ialah sifat pemurah beliau. Ramai guru luar yang ada tugasan seperti Guru Ujian Lisan atau mengawasi peperiksaan suka datang ke sekolah ini kerana mereka akan dibelanja makan oleh Hj Jaafar. Setelah bersara ,pasti beliau akan datang untuk meraikan kenduri perkahwinan yang menjemput beliau.
Tahun 2014,saya ada berjumpa beliau. Masih sihat,aktif dan ceria. Ini gambarnya.
doa
amalan hidup
28 November 2015
02 November 2015
Detik Bergambar Beramai-Ramai
Gembira. Ceria. Kenangan. Istimewa. Abadi. Senyum.
Semua di atas adalah rencah rasa apabila bergambar beramai-ramai dalam sesuatu peristiwa.
Berikut antara gambar beramai-ramai yang terakam.
Semua di atas adalah rencah rasa apabila bergambar beramai-ramai dalam sesuatu peristiwa.
Berikut antara gambar beramai-ramai yang terakam.
Choral Speaking Bawa Pasukan Rasdians bertanding di Treacher Methodist tahun 2015.
Kursus Kepemimpinan Desasiswa Bakti,USM,Pulau Pinang di Teluk Bahang tahun 1995.
Persaraan Cg Noor Azman bin Ahmad pada bulan Jun 2015.
Hari Anugerah Sekolah Tahun 2014 dengan OBJ LMS.
Gambar ceria Hari Guru tahn 2014.
Tuan Rumah Choral Speaking LMS tahun 2014 di SMJK Hua Lian,Taiping.
Potret guru Rasdians tahun 2014.
Hari persaraan Pn Zawiah bt Abd Ghafar pada Ogos 2015.
Juga potret persaraan Pn Zawiah gaya skima.
Dengan pelajar 5VT 2015 pada 30 Oktober 2015.
Barisan RO SPM LMS tahun 2015 di Hotel Dynasty,Kuala Lumpur.
Cepatnya masa berlalu.
Hari ini 2 November 2015. Rupa-rupanya sudah 17 tahun lebih saya di SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi. Mula daftar sebagai posting pertama pada tanggal 8 Jun 1998. Masa itu dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 8. Dulu,saya mula mengajar pada sesi petang. Kini,sekolah ini satu sesi saja.
Cepatnya masa berlalu.
22 Oktober 2015
Nikmat Bertemu Guru
Tanggal 22 Oktober 2015. Cukup teruja. Peristiwanya ialah apabila saya dapat bertemu dengan Cikgu Pechahiah bt. Hussein, cikgu yang ajar Bahasa Inggeris semasa darjah enam diSK Toh Johan Trong pada tahun 1985 dulu. Wah, sudah 30 tahun. Cikgu Pechahiah cukup diminati pelajar kerana cute,baik dan mesra.
Walaupun lagi 3 tahun nak pencen, Cg Pechahiah nampak awet muda.
Terima kasih cikgu.
Walaupun lagi 3 tahun nak pencen, Cg Pechahiah nampak awet muda.
Terima kasih cikgu.
04 Oktober 2015
jerebu
biar jerebu cuaca
jangan jerebu keyakinan.
biar sekali sekala jerebu menjelma
baru manusia teringat pencipta
biar jerebu ada
baru syukur tiba
biar jerebu ada
ego manusia pasti luntur.
jangan jerebu keyakinan.
biar sekali sekala jerebu menjelma
baru manusia teringat pencipta
biar jerebu ada
baru syukur tiba
biar jerebu ada
ego manusia pasti luntur.
02 Oktober 2015
26 September 2015 - Korban Aidiladha Menemukan Rakan Sepersekolahan
Kenangan sewaktu sekolah memang indah. Rakan yang dulu bersekolah rendah dan menengah kini bertemu kembali . Kalau sekolah menengah berdasarkan tahun ambil Sijil Pelajaran Malaysia iaitu pada tahun 1990,sudah 25 tahun berlalu. Ya. Ada yang selepas usai peperiksaan SPM,kini baru berjumpa.
Begitulah yang terjadi pada 26 September 2015,hari Ahad di Pechah Bat,Trong.Hari raya ketiga Aidiladha. Bertemulah rakan sekolah SK Toh Johan dan SMK Tengku Menteri. Inisiatif utama datang daripada Jalaludin Adnan dan Sabri serta eakan yang mengambil bahagian dalam korban seekor lembu.
Riuh dan gamat tatkala bertemu. Habis cerita pahit manis bercampur lucu berbaur dengan ketawa dan senyum ikhlas.
Alhamdulillah.
Cukuplah gambar sahaja yang berbicara.
Begitulah yang terjadi pada 26 September 2015,hari Ahad di Pechah Bat,Trong.Hari raya ketiga Aidiladha. Bertemulah rakan sekolah SK Toh Johan dan SMK Tengku Menteri. Inisiatif utama datang daripada Jalaludin Adnan dan Sabri serta eakan yang mengambil bahagian dalam korban seekor lembu.
Riuh dan gamat tatkala bertemu. Habis cerita pahit manis bercampur lucu berbaur dengan ketawa dan senyum ikhlas.
Alhamdulillah.
Cukuplah gambar sahaja yang berbicara.
Langgan:
Catatan (Atom)














