doa

doa
amalan hidup

31 Mac 2015

Hari Guru Tahun 2006

Sudah 16 tahun sambut Hari Guru. Berikut adalah gambar sambutan Hari Guru tahun 2006.
Kawal emosi sebelum berarak.

Ikrar guru-wajib.

Sukaneka- ikut kumpulan guru.

Kenangan bola sepak dapat tempat ketiga daerah Larut Matang dan Selama tahun 2008 bawah 18 tahun

Tahun 2008 cukup ceria. Pada tahun ini,buat pertama kali dapat tempat ketiga untuk bawah 18 tahun daerah.

Kenangan dengan rakan jurulatih  Cg Azahari dan Cg Fadhil.

Pemain yang berdisiplin dan gigih.
Beratur menunggu medal.

Sedih tapi tetap dalam semangat kesukanan
Amin menunggu kalungan medal oleh PK Koku SMK Simpang,Encik Bashid.

Masa pantas dan laju

Saya mula mengajar pada tahun 1998 di Smk Dato' Wan Ahmad Rasdi . Posting pertama sehingga sekarang. Sahabat saya,Cikgu Zakarya Yahya pula mengajar di SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi mulai tahun 2001. Pada bulan Mac 2015, pada majlis MTQ  yang diadakan di SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi,kami bertemu dengan anak Ustazah Rohaya Ahmad dan Ustaz Adli . Anak mereka sertai pertandingan MTQ mewakili SMK Taman Panglima. Ustazah Rohaya Ahmad pernah mengajar di SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi .Manakala,suaminya pernah melakukan praktikal mengajar di SMK Dato' Wan Ahmad rasdi. Dulu, kecil anaknya ini. Kini,sudah sekolah menengah.

Ini gambarnya.

Guru dan gambar II

Ini pula gambar guru semasa majlis persaraan Tuan Haji Hamzah bin Yusof,Pengetua SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi yang diadakan pada bulan November 2014.

Segak berbaju Melayu pada hari Jumaat guru dan staf.

Selfie depan kereta hiasan yang bawa pengetua.

Gaya biasa
Dengan Tuan Haji Meor Alim Shah bin Nazari,mantan Penolong Kanan HEM.
Ceria sikit.

Guru dan gambar

Cukup seronok apabila guru-guru diminta bergambar untuk majalah atau untuk sebagai kenangan mengajar akademik tahun tersebut.
Ada sahaja usikan yang muncul. Lebih seronok jika terakam gambar "candid".



Ni gambar tahun 2013.
gambar dengan ketua kerani,guru kanan,pentadbir,kaunselor dan guru cemerlang.
2 keping gambar.Satu serius dan satu sebelum serius.

30 Mac 2015

Lihat foto sendiri pada tahun kebelakangan

Sesuatu yang lucu dan seronok melihat gambar lama. Senyum sendirian lantas pelbagai nostalgia muncul.
Berikut ini adalah gambar saya pada tahun 2006 sewaktu menjadi Penyelaras Pusat Sumber SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi. Aktiviti yang jadi rutin dan selalu dibuat ialah jamuan akhir tahun terutama aktiviti BBQ. Masa ini,Cikgu Fadhil Yunos yang jadi kawan setia teman setiap aktiviti.
Lihatlah sendiri gambar tahun 2006 ini.

Ucapan -sudah semestinya.

Bukti bakar ayam

Gambar tamat program

Kenangan turut mengundang duka bukan ria semata-mata

Banyak-banyak gambar ,saya cukup pilu apabila terdapat gambar bersama-sama arwah cikgu Mohd Najib bin Mohd Said.Bukan hanya bertaraf rakan sejawat,tetapi lebih dari itu. Lebih besar dari itu. Sahabat. Tempat meminta nasihat dan bantuan.
Ingat saya dua peristiwa. Pertama ,pada tahun 2005,saya mengikuti kursus one school one coah untuk bola sepak di daerah Larut Matang dan Selama.Dikendalikan oleh jurulatih Perak terkenal iaitu M. Karathu. Kursus selama 4 hari,dari pagi hingga lewat petang. Kaedahnya mudah sahaja iaitu sejam pertama teori diikuti sejam kedua dengan praktikal dan begitulah rutin jam dan aktiviti itu diikuti.
Kesannya, pinggang saya jadi lari.Jalan menyenget. Cikgu Najiblah tempat saya berurut dan sembuh. Alhamdulillah.

Peristiwa kedua pada tahun 2011 sewaktu saya dilantik menjadi ketua pengawas SPM. Cikgu Najiblah tempat saya menimba ilmu untuk mengurus peperiksaan dengan baik.Ilmunya sampai kini saya praktikkan semasa menjadi Penyelia Kawasan SPM pula. Jelas dan teratur penerangan Cikgu Najib.

Orangnya cukup mudah untuk meminta pertolongan.

di bawah ini ada gambar sukaneka di pantai Teluk Senangin semasa pertemuan hari keluarga KGKT Smk Dato' Wan Ahmad Rasdi tahun 2012. Walaupun kurang sihat,cikgu Najib tetap ingin turut serta.
Semasa acara sukaneka di pantai.

Kelihatan saya,Cikgu Najib dan cikgu Murugan dalam satu kumpulan sedang beraksi .

Al-Fatihah untuk Cikgu Najib yang mennggal dunia pada tahun 2013. Jasa dan nasihat beliau sentiasa dalam ingatan.

Pelancaran Cuti-Cuti Belajar Untuk SPM dan PT3 Tahun 2015 : Satu pengalaman kembara kerjasama

13 Mac 2014 (Jummat)- termetrilah peristiwa pelancaran program Cuti-Cuti Belajar untuk pelajar SPM dan PT3 tahun 2015 Smk Dato' Wan Ahmad Rasdi.

Satu program yang biasanya dibuat secara kecil-kecilan kini dibuat dalam skala besar iaitu terancang dan dilancarkan secara rasmi. Setiap pelajar tingkatan 3 dan 5 diberikan seorang satu fail.Di dalam fail tersebut terkandung soalan bagi setiap subjek peperiksaan .Soalan yang dikemukakan adalah ringkas dan tidak membebankan pelajar,sekadar cukup dan muat untuk dijawab sepanjang seminggu cuti pertengahan penggal pertama persekolahan.

Menarik dan sesuatu yang lain.

Moga impak positifnya besar kepada pelajar,guru,sekolah dan ibu bapa.

23 Mac 2015

1995-20 tahun dulu yang mengajar

1995- saya tahun dua diUniversiti Sains Malaysia. Pelajar dahulu tanpa ada bimbingan kaunseling dan kaunselor hanya menurut kata hati dan peristiwa atau aktiviti di universiti untuk mula belajar tentang kehidupan. Disitulah mula belajar dan belajar serta sedikit mengerti.
Gambar di bawah ini menceritakan salah satu aktiviti berteraskan kepimpinan yang telah saya hadiri.
Gambar ini diambil pada waktu pagi di pantai Teluk Bahang,Pulau Pinang.Menghadiri kursus kepimpinan Majlis Penghuni Desasiswa Bakti,salah satu asrama yang ada di Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang. Masa ini baru saya didedahkan tentang kepimpinan. Baru nak berani bercakap dan beri pendapat.Terima kash kepada Penggawa Desasiswa Bakti pada masa itu iaitu Dr. Idris bin Mohd Noor yang banyak beri input dan ilmu yang berguna setelah saya jadi guru bermula tahun 1998.

Begitulah naif pelajar tahun 1990-an.Bagi anak kampung bagi saya le.Mujur kawan-kawan sedesasiswa dan sekuliah pun anak kampung juga macam saya,jadi tidaklah asing dan terpinggir. Pok Lah,Mat Yie,Asri,Che Hasnan, Jedie,Awie,Zanini,Zakiman,Seli dan lain-lain orang kampung juga.
Indahnya zaman belajar.Semua nampak ideal dan sempurna. Rupa-rupanya dunia realiti tidak sedemikian rupa.Setelah bekerja,baru sedar dan nampak.Yang banyak menyelamatkan diri adalah ilmu sedikit yang dapat semasa belajar.Syukur.Alhamdulillah.

22 Mac 2015

Rehat Itu Perlu

masa sibuk menjelma
aturan prioriti sukar diguna
rasa lelah bekerja pun tiba

berhenti wahai manusia
rehat dan rehat

biar pulih segala
biar sempat nafas dihela

rehat dan rehat

nanti pacu sekuat manapun.

21 Mac 2015

ingin berjaya

benar
semua ingin berjaya
semua punya hasrat
apa lagi penuh angan-angan.

namun
realiti
manusia perlu
benar-benar
diuji dan diuji
sebelum berjaya
pada erti sebenarnya.

20 Mac 2015

kenangan itu indah

kenangan merupakan keceriaan masa depan. gambar memainkan pelbagai peranan mata yang melihat. lucu,pilu,ria,pesona semua berbaur. tahun 2014 lepas berlalu. gambar tunjuk aksi spontan cukup menarik. berikut gambar guru tahun 2014 berlatarbelakang padang sekolah.waktu kemarau.

Ceria dan mempesona. Natural dan tidak dibuat-buat.Hubungan akrab yan ikhlas.