doa

doa
amalan hidup

28 November 2015

Ingat Selalu

Setiap tahun menjelang bulan Mei ,saya sering tersenyum. Puncanya kerana tidak-tanduk pelajar saya Fatyhah binti Sulaiman,pelajar SPM tahun 2005. Saya mula mengajar beliau semasa beliau tingkatan 3 pada tahun 2003 semasa beliau dalam tingkatan 3 Amanah,mengajar Sejarah.

Setiap bulan Mei,beliau selalu menghantar ucapan hari Guru untuk mengingati guru-gurunya.



Dan,sudah tentu kami juga sentiasa mengingati beliau.

Imbas kembali - jejak pertama di SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi

Hari ini 28 November 2015.
Teringat saya tarikh posting menjadi guru iaitu pada 8 Jun 1998. Sebelum posting,jadi gelisah kerana tidak tahu tempat mengajar setelah tamat praktikal mengajar di SMK Dato' Haji Hussein,Selama pada bulan Mei 1998. Tambah berdebar setelah rakan-rakan yang dari Kelantan ,Pahang dan Terengganu terutamanya sudah dapat tawaran posting ke Sabah dan Sarawak. Masa itu penggunaan telefon bimbit terhad.Jadi,telefonsekejap sahaja dengan kawan-kawan yang dapat posting ke Sabah dan Sarawak.

Tunggu punya tunggu sampai surat posting. Tengok penempatan ialah di SMK Batu Lapan,Changkat Jering,Perak. Sudah. Ini sekolah adik saya ,anak-anak sekampung dan mungkin adik atau aak saudara kepada rakan.

Pagi tersebut,saya sampai awal di sekolah. Sebab masih belum mempunyai kenderaan sendiri,saya naik bas awam Blue Omnibus. Sampai pagi,setelah perhimpunan dipertemukan dengan pengetua waktun itu,Tn Haji Jaafar bin Harun. Saya kemudiannya dibawa beliau melawat sekitar sekolah termasuk dusun sekolah. Setelah itu ,saya diminta pulang kerana saya ditugaskan untuk mengajar pada sesi petang. Rupa-rupanya setelah itu,baru saya tahu memang suatu kemestian Tn Hj Jaafar untuk membawa staf baru terutama guru melawat sekitar sekolah terutamanya dusun. Pada tahun 1997,sekolah ini telah menang Johan peringkat kebangsaan bagi pertandingan 3K.

Selepas itu,saya sering juga bersembang dengan Hj Jaafar kerana setiap hari Jumaat saya akan awal ke sekolah untuk solat Jumaat dan saya akan pergi bersama-sama Hj Jaafar. Banyak nasihat ,cerita dan bimbingan yang beliau taburkan berguna pada masa seterusnya.Terutamanya berkaitan tugas guru.Saya juga berterima kasih kepada Hj Jaafar kerana beliau menawarkan untuk meminjam RM500.00 sebagai pendahuluan kerana selalunya gaji pekerja baru dapat setelah 3 bulan bekerja. Mujurlah 2 bulan bekerja,saya sudah dapat.

Tahun 1999,tahun Tn Haji Jaafar bin Harun bersara. Kini,beliau masih sihat. Sepanjang dua tahun berkhidmat bawah beliau, sifat yang paling menarik pada saya ialah sifat pemurah beliau. Ramai guru luar yang ada tugasan seperti Guru Ujian Lisan atau mengawasi peperiksaan suka datang ke sekolah ini kerana mereka akan dibelanja makan oleh Hj Jaafar. Setelah bersara ,pasti beliau akan datang untuk meraikan kenduri perkahwinan yang menjemput beliau.

Tahun 2014,saya ada berjumpa beliau. Masih sihat,aktif dan ceria. Ini gambarnya.

02 November 2015

Detik Bergambar Beramai-Ramai

Gembira. Ceria. Kenangan. Istimewa. Abadi. Senyum.
Semua di atas adalah rencah rasa apabila bergambar beramai-ramai dalam sesuatu peristiwa.

Berikut antara gambar beramai-ramai yang terakam.

Choral Speaking Bawa Pasukan Rasdians bertanding di Treacher Methodist tahun 2015.

Kursus Kepemimpinan Desasiswa Bakti,USM,Pulau Pinang di Teluk Bahang tahun 1995.

Persaraan Cg Noor Azman bin Ahmad pada bulan Jun 2015.

Hari Anugerah Sekolah Tahun 2014 dengan OBJ LMS.

Gambar ceria Hari Guru tahn 2014.

Tuan Rumah Choral Speaking LMS tahun 2014 di SMJK Hua Lian,Taiping.

Potret guru Rasdians tahun 2014.

Hari persaraan Pn Zawiah bt Abd Ghafar pada Ogos 2015.

Juga potret persaraan Pn Zawiah gaya skima.

Dengan pelajar 5VT 2015 pada 30 Oktober 2015.

Barisan RO SPM LMS tahun 2015 di Hotel Dynasty,Kuala Lumpur.

Cepatnya masa berlalu.


Hari ini 2 November 2015. Rupa-rupanya sudah 17 tahun lebih saya di SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi. Mula daftar sebagai posting pertama pada tanggal 8 Jun 1998. Masa itu dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 8. Dulu,saya mula mengajar pada sesi petang. Kini,sekolah ini satu sesi saja.

Cepatnya masa berlalu.

22 Oktober 2015

Nikmat Bertemu Guru

Tanggal 22 Oktober 2015. Cukup teruja. Peristiwanya ialah apabila saya dapat bertemu dengan Cikgu Pechahiah bt. Hussein, cikgu yang ajar Bahasa Inggeris semasa darjah enam diSK Toh Johan Trong pada tahun 1985 dulu. Wah, sudah 30 tahun. Cikgu Pechahiah cukup diminati pelajar kerana cute,baik dan mesra.

Walaupun lagi 3 tahun nak pencen, Cg Pechahiah nampak awet muda.
Terima kasih cikgu.

04 Oktober 2015

jerebu

biar jerebu cuaca
jangan jerebu keyakinan.

biar sekali sekala jerebu menjelma
baru manusia teringat pencipta

biar jerebu ada
baru syukur tiba

biar jerebu ada
ego manusia pasti luntur.

Satu hari masa Hari Guru 2015


02 Oktober 2015

26 September 2015 - Korban Aidiladha Menemukan Rakan Sepersekolahan

Kenangan sewaktu sekolah memang indah. Rakan yang dulu bersekolah rendah dan menengah kini bertemu kembali . Kalau sekolah menengah berdasarkan tahun ambil Sijil Pelajaran Malaysia iaitu pada tahun 1990,sudah 25 tahun berlalu. Ya. Ada yang selepas usai peperiksaan SPM,kini baru berjumpa.

Begitulah yang terjadi pada 26 September 2015,hari Ahad di Pechah Bat,Trong.Hari raya ketiga Aidiladha. Bertemulah rakan sekolah SK Toh Johan dan SMK Tengku Menteri. Inisiatif utama datang daripada Jalaludin Adnan dan Sabri serta eakan yang mengambil bahagian dalam korban seekor lembu.

Riuh dan gamat tatkala bertemu. Habis cerita pahit manis bercampur lucu berbaur dengan ketawa dan senyum ikhlas.

Alhamdulillah.

Cukuplah gambar sahaja yang berbicara.




21 Julai 2015

kenangan dengan Cikgu Noor Azman

Cikgu Noor Azman bin Ahmad telah pencen wajib pada 22 Jun 2015.

Cikgu Rozy,Rizal,Ismail,Azman dan Yusri pada majlis tahun 2014 di SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi.

bergerak terus

biar
seribu halangan
sedozen kesangsian
selangkah halangan
gerak biar terus

terus bergerak.

17 Jun 2015

Ramadhan Tahun Ini


Siapkan pandan beserta ragi,
Dicampur roti beradun kurma,
Esok Ramadhan tiba lagi,
Ibadah berkualiti impian sukma.


01 Jun 2015

Semangat Berpasukan Bawa Kejayaan

Orang tua selalu berpesan kerja bepasukan akan bawa kejayaan.
Terbukti dalam pertandingan bowling antara kgkt smkdwar tahun 2015.
Kumpulan kami bergelar juara.


Hadiah disampaikan oleh Hj Mohd Noor Azami pada 29 Mei 2015.


14 Mei 2015

Menjelang 16 mei 2015



Mencari kuini merentasi sigai,
Terjumpa napuh berlari ketakutan,
Guru kini cabaran pelbagai,
Perlu ampuh segala kekuatan.


07 Mei 2015

hati - payah dinilai sukar diagak


istimewa sungguh ciptaan Ilahi
hati seketul impaknya semesta


sepandai-pandai manusia
pasti tewas dalam soal hati


aku sukar menerka tepat
sebalik hati

benarlah seperti doa Nabi Muhammad SAW
"Wahai Pemilik yang menguasai hati yang berbolak balik".

banyak sudah kulihat manusia yang pada mulanya jelik
dan hina pada pandangan manusia
kini boleh berubah cuba jadi manusia
yang akrab dan cinta pada khalikNya.

pernah juga kulihat manusia pada mulanya nampak baik
dan hebat akhirnya jadi manusia bongkak
lantas melarat dihina sesiapa.

09 April 2015

Jasa seseorang pasti tidak dilupa

Saya sudah jadi guru dari bulan Jun1998 hingga 9 April 2015 sudah menjangkau 17 tahun. Hari ini,petang 9 April 2015 di SMK Klian Pauh,Taiping saya bertemu seseorang yang mengingatkan saya mulanya saya bertatih untuk menjadi pendidik.

Masanya ialah bulan Februari 1998 hingga bulan Mei 1998 di SMK Dato' Haji Hussein,Selama ,Perak. Saya menjalani lathan praktikal mengajar selama 3 bulan sebagai memenuhi tuntutan untuk beroleh Diploma Pendidkan dari Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang.

Ini gambar dirakam petang tadi. Sesungguhnya Cg Abdul Malik banyak berjasa kepada saya. Semasa praktikal,Cg Malk jadi mentor @ guru pembimbing. banyak nasihat ,tunjuk ajar dan tips beliau berguna sehingga sekarang.

Kesimpulannya,pertemuan sekadar 5 minit cukup memesrakan dan memberi makna.

08 April 2015

Idea amalan 10S oleh Tuan Haji Mohd Noor Azami bin Abu Bakar : Cabaran Tahun 2015

Sesungguhnya,pengetua Rasdians, Tuan Haji Mohd Noor Azami bin Abu Bakar punya banyak idea. Paling menarik dan nampak memberi impak ialah amalan 10S yang wajib diamalkan oleh warga SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi. Jelas dan nampaknya berjaya diterapkan untuk diamalkan.







07 April 2015

Merentas Desa SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi Tahun 2014

Saya cukup suka dengan aktiviti merentas desa . Seperti banyak tahun sebelumnya,tugas saya adalah sebagai marshall.

Vest penanda tugas seorang marshall.

Motorsikal pelajar,pinjam untuk pusing sebagai marshall.

Rakan marshall dan jaga check point,Cikgu Zakarya,Cikgu Nazri dan Cikgu Rozy.

Dengan anak Cikgu Rozana dan Cikgu Zainal ,jaguh gimnastik sampai peringkat kebangsaan.


Anak Cikgu Alinaliza,Maisarah lap peluh dekat pipi.

Waktu pagi pelajar semat warna rumah masing-masing.

Nak cerita pasal kembara ke India lagi

Melihat-lihat gambar yang lepas,tersenyum sendiri melihat kembara ke India secara berkumpulan yang diketuai oleh Cikgu Mohamad Basri Hamzah. Tahunnya tahun 2012.Bulan Februari.Sebenarnya,banyak pengajaran dan ilmu yang saya dapat hasil kembara ini.

Pertamanya,semasa dalam kapal terbang,jumpa dengan seorang rakyat Malaysia bapa keturunan Sikh yang memberitahu beliau membawa dan menghantar anaknya ke India selama 3 bulan supaya anaknya belajar tentang kehidupan sebenar.Juga tentang kepayahan dan kesukaran hidup di India dalam mencari rezeki.Dulu,dia telah menghantar anak lelaki sulungnya dan impak yang diterima cukup besar.Anak sulung lelakinya menjadi semakin bertanggungjawab dan berusaha bersungguh-sungguh sama ada belajar atau bekerja di Malaysia. Bagi bapa Sikh ini, penduduk Malaysia sudah jadi terlalu manja dan lembik.Tidak sabar untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan baik. Pendapat saya, 100% saya setuju dengan bapa Sikh ini. Ramai golongan kaya di India tapi ramai lagi golongan yang berjuang untuk hidup sekadar bekerja untuk makan dan teruskan hidup.

Gambar berikut ialah gambar saya duduk di belakang penenun kain yang upah untuk mereka cukup rendah.Kerja lama upah cukup sikit. Apabila saya memberi seorang 50 rupee,kedua-duanya yang sudah tua cukup berterimakasih melalui reaksi spontan mereka. Cepat-cepat mereka simpan duit dan meneruskan kerja.
Keduanya, inilah kali pertama saya menaiki kapal terbang. Lucu kan. Dulu pada tahun 1998,sebelum posting mengajar pertama saya sudah beli beg besar untuk ke Sabah atau Sarawak. Rupa-rupanya ,posting ke Changkat Jering sahaja. Saya banyak belajar cara dan kaedah untuk kembara guna kapal terbang. Tengok dan tiru. Belajar banyak dari Cikgu Ismail,Cikgu Basri,Tuan Haji Aziz,Tuan Haji Mat Radzi ,Tuan Haji Rusli dan Ustaz Fathi yang sudah acapkali naik kapal terbang kembara ke negara lain.
Kat KLIA.

Beratur dalam debaran sebelum hendak naik kapal terbang.

Dalam kapal terbang, sebelah Haji Rusli Husin.Sebelah Haji Rusli,gadis warga Jepun yang hendak ziarah ibunya seorang pensyarah di India.

Isi borang berkaitan visa hendak masuk India dalam kapal terbang.

Makan.Sudah tentu. Sedap.

Baca akhbar dan buku. Sempat habis satu novel. Lama atas kapal terbang. 5 jam.

04 April 2015

Kelab Bola Sepak 2011

Cepatnya masa berlalu. Gambar berikut adalah sebahagian pemain bola sepak bawah 18 tahun pada tahun 2011. Serasa baru sahaja melihat kelibat mereka di padang beraksi.


Gambar staf akademik 2011

Berikut kita lihat pula gambar staf akademik tahun 2011.
Ceria atau tidak?

Gambar rasmi.

Gambar tak rasmi.

G8,kaunselor dan guru cemerlang.