doa

doa
amalan hidup

08 Februari 2011

Pelajar Sekarang,Pelajar Dahulu

Seringkali saya memberitahu pelajar saya,mereka kini menghadapi cabaran baru dan pelbagai dalam bidang pendidikan berbanding saya. Saya memberitahu dulu pelajarnya lebih menikmati kebebasan. Selalunya,disambut oleh pelajar "cikgu tipu ". Saya kata ,"betul". Dulu, pelajar diberikan kebebasan untuk aktif dalam bidang ko-kurikulum. Ertinya,pilih dan aktiflah dalam bidang yang ingin diceburi. Saya memilih untuk aktif sebagai pengawas pusat sumber dan aktif dalam kelab sejarah. Untuk unit uniform dan sukan,saya hanya serta begitu-begitu sahaja .Dan tidak aktif sepanjang tahun.

Pelajar kini terpaksa dan dipaksa untuk menyertai ketiga-tiga cabang ko-kurikulum ini.

Hasilnya,dapat saya rumuskan,walau niat pelaksanaan adalah baik tetapi kesannya amat kurang . Secara psikologinya,perkara dan benda yang dipaksa selalunya tidak memberikan impak yang kita kehendaki. Apabila kita menyertai sesuatu secara minat dan pilihan sendiri,pasti akan memberikan seribu kemanisan dan keseronokan untuk bekerja. Contohnya,saya memang meminati apa sahaja yang berkaitan dengan sejarah. Hasilnya,semasa tingkatan 3,di SMK Tengku Menteri, saya terlibat bersama-sama menyediakan model sejarah Bukit Gantang dari tanah liat sempena karnival akademik yang diadakan di Sekolah Menengah Raja Tun Azlan Shah(SERATAS). Semasa karnival,beberapa orang pelajar termasuk saya menjadi duta merangkap jurucakap kepada pengunjung yang bertanyakan sudut dan peristiwa sejarah berasaskan model yang telah dibina. Sungguh. Terasa kepuasan yang amat sangat. Apatah lagi ramai pengunjung yang datang berkunjung dan bertanya soalan.

Sebab itu,saya cukup bersimpati dengan pelajar sekarang ini. Bebanan mereka untuk belajar kini cukup tinggi. Kerja kursus untuk mata pelajaran cukup banyak.Latihan mesti sekian banyak sekian bilangan.Saya melihat wajah ceria yang sepatutnya ada di wajah pelajar makin sirna. Nampak tekanan yang ada. Saya memberitahu kepada pelajar zaman saya dahulu,kerja rumah tidak banyak tetapi ruang kreatif tetap subur. Kami dulu menikmati zaman pelajar dengan puas. Setiap kali bertemu dengan rakan sekelas atau sekolah dari tingkatan 1-tingkatan 5 (1986-1990),pasti kami cukup seronok untuk mengimbau detik-detik indah sewaktu zaman persekolahan  dahulu.

Zaman berubah,situasi pun berubah.

2 ulasan:

  1. sangat bersetuju dengan cikgu..

    tiada lagi ruang untuk mereka bernafas dengan tenang melaenkan atas apa yang telah ditentukan ke atas mereka.idea & pemikiran mereka tidak berkembang seiring dengan pertumbuhan dan usia.

    inilah nantinya yang akan melahirkan masyarakat yang apologetik suatu saat nanti..

    BalasPadam
  2. ya. teringat filem "Dead Poets Society" lakonan Robin Williams.

    BalasPadam